nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 10 Mei 2011

khasiat ubi kentang



 Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. 




khasiat ubi kentang :

  • Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. 
  • Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
  • Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. 
  • Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
  • mengandungi protein , sebnyk yg terkandung dalam nasi, gandum dan bijirin
  • mengukus lebih baik dari merebus, kerana vitamin larut air boleh hilang ke dalam air.. 

elakkan mengupas kulit dalam masakan dalam rebusan... jika dikupaskulitnya.. kemungkinan akan kehilangan 80% khasiat ubi kentang

merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat 
Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. 



Cara Membuat Resepi Kentang Putar @ Mashed Potato

Hello guys! Kali ini aku nak ajar bagaimana cara membuat resepi kentang putar atau lebih popular lagi dengan panggilan Mashed Potato. Korang mesti pernah makan kentang putar kan? Terutama sekali yang sering ke KFC. Makan kentang putar hingga menjilat jari!
Nak buat kentang putar ini amat simple dan senang. If korang bosan-bosan duduk dekat rumah atau dah jemu makan nasi. Cuba lah salah satu hidangan barat ini. Modal tak perlu banyak. Bawah RM10 dah boleh hasilkan kentang putar untuk seisi keluarga! So, Apa yang korang perlu ada?
1. Ubi kentang .
2. Susu segar
3. Mayonese
4. Mentega
4. Garam
5.  Sebuk lada hitam
Ini lah rupanya ubi kentang yang aku maksudkan. Dalam 10 ketul ini baru je dalam rm4. murah kan?
Korang harus buangkan kulit ubi kentang ini dan potongkan dalam bentuk dadu. Kenapa perlu bentuk dadu? If korang nak bentuk love pon boleh, janji dipotong kecil-kecil untuk lebih senang dimasak.
Kemudian korang rebuskanlah ubi kentang yang sudah dipotong tadi sehingga masak (lembik). Jika hendak lebih cepat masak, masukkan sedikit garam untuk meninggikan takat didih air *chemistry sikit! haha*
Selepas ubi kentang tadi dah masak (cucuk garfu nak tahu kelembutan dia). Tapiskan ubi kentang tadi untuk singkirkan air rebusan. Pastikan tiada air rebusan yang tertinggal.
Masukan semula ubi kentang yang sudah direbus tadi ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukan 1 cawan susu segar, 3 sudu mayonese, 3 sudu majerin, sedikit serbuk lada hitam dan juga garam. Gaul-gaulkan sehingga ubi kentang tadi hancur. * lebih afdal lenyek menggunakan penekan daging berger. haha*
Finally siap! So boleh lah hidangkan kepada family. Tapi mesti korang tanya. “Mana gravy dia?”. Nanti aku ajarkan buat gravy dia pulak. Tapi if makan kentang putar macam ini pon dah enak! Selamat menjamu!
*Jangan segan untuk ‘share’ resepi kentang putar/mashed potato yang enak lagi senang ini bersama rakan-rakan anda. If saya boleh buat, anda lagi hebat!*








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...