nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Isnin, 9 Mei 2011

khasiat kucai



 Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

khasiat :


  • Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. 
  • mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, 
  • mengubati darah tinggi dan sembelit.
  • bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus 
  • perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. 
  • melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. 


Cara penggunaannya :

Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.




kucai goreng


Bahan-bahan 

Secekak daun kucai (dipotong seinci-seinci)
Segenggam tauge
Sebatang lobak merah (dihiris halus)
10 ekor udang
1/2 gelas air
Garam

Bahan-bahan dimayang 


3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara 


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukkan daun kucai, tauge dan lobak.
4. Gaul rata dan masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan sedikit air dan kacau dalam 2 minit.
6. Hidangkan 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...