nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Ahad, 29 Mei 2011

khasiat kangkung


Klik untuk besarkan


Nama saintifiknya ialah Ipomoea Aquatica (nak sebut pun susah). Bahasa Inggerisnya ialahWater Spinach, tumbuh liar di negara-negara Asia Tenggara – Wikipedia.

KHASIAT KANKUNG : 

  • kaya dengan vitamin c 
  • hidangan 100gram mencukupi untuk badan. jumlah ini juga melebihi jumlah vitamin c dlm buah oren
  • 3 1/2 KALI GANDA  lebih banyak kalsium drpda bunga kubis


Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:

khasiat perubatan orang tua-tua :

1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.
2. Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.
3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.
4. Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.
5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.
6. Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat


Bahan-Bahan:
½ kati kangkung
20 sen udang kering
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara:
Kangkung disiang dan dipotong ikut suka. Cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali setelah itu tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan udang kering, bila sudah naik baunya, masukkan pula kangkung sambil dikacau-kacau supaya bergaul rata. Bila kangkung sudah layu sedikit bolehlah tuangkan sedikit air serta tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.



1 ulasan:

  1. Banyak khasiat kat sayur rupanya....sweetyz nak tahu...sweetyz follow k

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...