nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 10 Mei 2011

khasiat kaduk




KADUK

daun-kaduk
























 Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluargaPiperaceae.



khasiat daun kaduk


  • Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing.
  • Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.
  • air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.


Bahan-bahan untuk dikisar;


  • 2 ekor ikan tongkol di potong kecil
  • 5 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 2 biji cili besar
  • 3 biji cili api (kalau mahu lebih pedas letaklah 300 biji pun tak apa)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa (kalau nak lebih masam letaklah air perahan limau nipis pun boleh)
  • 10 biji lada hitam
  • 6 biji bawang merah saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk oat (ini resipi tambahan Rudy)
  • gula dan garam secukup rasa (Rudy anti ajinomoto)

bahan-bahan untuk membungkus;



  • daun pisang
  • daun kaduk



Cara-cara membuatnya;

Kisarkan bahan-bahan yang disenaraikan tadi sehingga lumat. Tuangkan sedikit santan pekat. Kisaran mestilah pekat. Rasa gula dan garamnya [BACA: tukang masak yang terror tidak menggunakan bahan perisa seperti ajinomoto yang tidak baik untuk kesihatan].

 

Setelah itu, ambil daun pisang dan letakkan 2 helai daun kaduk seperti di dalam gambar.

.



Selepas itu, ambil ikan tongkol dan letakkan di tengah-tengah bahan kisaran tadi

.



Tambahkan lagi 2 sudu besar bahan kisaran tadi di atas ikan tongkol.





Bungkus ikan tongkol seperti di dalam gambar atas dan bawah. Cara pembungkusan ini sebenarnya cara bagaimana orang Jawa buat pecal atau gado-gado dalam bahasa Pulau Pinang. Aku tahu cara membungkus sebab pernah tolong nenek berniaga pecal di pasar malam suatu masa dahulu.





Tapi kalau kalian rasa susah, buatlah bungkusan cara apapun. Janji ia terbungkus rapi dan tidak terburai! Kukus sehingga masak (dalam 20-30 minit). Untuk rasa yang lebih enak, perapkan bahan tadi dengan ikan tongkol semalaman sebelum dikukus

.



Nah! Cabaran untuk para wanita! Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...