nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 10 Mei 2011

khasiat daun kari

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.


khasiat daun kari


  • berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea,
  • menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung 
  • menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.
  • daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
  • Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes



Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.




Ayam Goreng Pedas Dengan Daun Kari



Bahan-Bahan:
½ ekor ayam
2 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
¾ inci halia (dimayang)
2 tangkai daun kari
10 tangkai cili kering (dimesin)
2 sudu kecil kicap
garam
serbuk perasa
sedikit air
sedikit serbuk kunyit
Cara:
1- ayam diperap bersama garam dan serbuk kunyit. kemudian goreng
2- bahan2 dimayang dan daun kari digoreng himgga garing.
3- masukkan cili kering dan goreng.
4- masuk air, garam,serbuk perasa dan kicap. Biar seketika.
5- Masuk ayam dan hidangkan 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...