nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 10 Mei 2011

khasiat bayam


BAYAM

 Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.


khasiat sayur bayam



  • Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. 
  • Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi kerana bayam mengandungi asid aksalik 
  • bayam merah kaya dengan vitamin A
  • bayam cina kaya dengan vitamin C , kalsium, dan zat besi
  • ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
  •  bayam kaya dengan vitamin C dan A. (menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas )


Bahan-Bahan:
250 gm bayan
1 sudu minyak makan/salad
2 ulas baeng merah (dihiris tipis)
¼ cawan air
1 batang lada merah (dihiris tipis menyerong)
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tumbuk:
60 gm ikan bilis (dibersihkan,direndam & ditoskan )
3 ulas bawang putih
Cara:
Petik daun bayam dari batangnya. Buangkan akar & batangnya yang keras. Potong-potongkan batang yang muda supaya menjadi panjang 2.5 cm & siat kulit luarnya. Cuci & toskan sayur itu. Pijarkan minyak & masukkan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bawang merah & gorengkan selama 2 minit. Kecilkan api. Masukkan air,lada & serbuk perasa secukup rasa. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup untuk selama 1-2 minit lagi. Masukkan daun bayam & padamkan apinya. Tutup periuknya & biarkan sayurnya masak dalam wap selama 1-2 minit.sesuaikan rasanya & kacau rata-rata. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan dengan segera dengan nasi putih,ikan goreng & samba.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...