nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 31 Mei 2011

PENEROKAAN BUKIT BAUK, DUNGUN.


PENEROKAAN BUKIT BAUK, DUNGUN.




Lokasi : bukit bauk, dungun, terengganu.
Masa   : 30 – 40 minit pendakian
Penunjuk arah : ikut rasa hati.
Pengalaman sesat  : sekali saja
Lokasi sebenar : bermula belakang taman bukit bauk ( rumah sewa kami ) dan berakhir belakang sekolah menengah teknik dungun.. ( anak sungai )



Untuk pendakian.. gi kat taman bukit bauk ( sebelah sekolah teknik ) pastu naik bahagian bukit yang diteras... pastu ... cari tanda merah yang ada pada pokok... gerenti tak sesat,..... tapi KALAU SESAT GAK... KEMBALI LAH KE PANGKAL JALAN



Mungkin ramai yang tak percaya bukit bauk masih menyimpan Khazanah yang masih lagi terjaga....



Ni la antara peneroka bukit bauk,,,.. terutama baju biru tu... alias

 penerokaan ini dilakukan oleh pelajar psmza

Ahad, 29 Mei 2011

khasiat dan nutrisi buah rambutan

Buah ini mengandung karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium dan vitamin C. Kulit buah mengandung tanin dan saponin. Biji mengandung lemak dan polifenol. Daun mengandung tannin dan saponin. Kulit batang mengandung tannin, saponin, flavonida, pectic substance, dan zat besi

khasiat kangkung


Klik untuk besarkan


Nama saintifiknya ialah Ipomoea Aquatica (nak sebut pun susah). Bahasa Inggerisnya ialahWater Spinach, tumbuh liar di negara-negara Asia Tenggara – Wikipedia.

KHASIAT KANKUNG : 

  • kaya dengan vitamin c 
  • hidangan 100gram mencukupi untuk badan. jumlah ini juga melebihi jumlah vitamin c dlm buah oren
  • 3 1/2 KALI GANDA  lebih banyak kalsium drpda bunga kubis


Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:

khasiat perubatan orang tua-tua :

1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu, insya-Allah afiat.
2. Penawar batuk.
Rebus airnya kemudian diminum.
3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.
4. Rawatan diabetes.
Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.
5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.
6. Rawatan buasir.
Rebus akarnya dan amalkan selalu, insya-Allah afiat


Bahan-Bahan:
½ kati kangkung
20 sen udang kering
3 biji cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara:
Kangkung disiang dan dipotong ikut suka. Cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk hingga lumat. Panaskan minyak di dalam kuali setelah itu tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi dengan udang kering, bila sudah naik baunya, masukkan pula kangkung sambil dikacau-kacau supaya bergaul rata. Bila kangkung sudah layu sedikit bolehlah tuangkan sedikit air serta tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.



khasiat petai

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.



Jumaat, 27 Mei 2011

khasiat dan nutrisi buah oren





Buah Oren Kaya vitamin dan mineral antaranya ialah:

Vitamin C



  • Berperanan dlm pembentukan kolagen(komponen dasar pembentukan jaringan saraf dlm tubuh).Pembentukan kolagen yg baik sgt diperlukan untuk pembentukan ligamen,tendon,kulit,pembuluh darah dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
  • Berperanan menyerap zat besi bukan organik(zat yg bukan berasal dari haiwan) yg membantu mencegah anemia.
  • Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas yang mencetuskan pelbagai penyakit.
  • Mencegah kanser.
  • Mencegah kenaikan LDL (lemak jahat) yg merupakan faktor utama penyakit jantung.
  • Sebagai agen antioksidan yg mampu melawan daripada radikal bebas yang dapat mencantikan kulit dgn memperkuatkan sel-sel kulit dan mempercepatkan membaiki jaringan yg rosak.

Karbohidrat


  • Mengandungi fluktosa,glukosa dan sukrosa.
  • Serat didlm karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut,pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
  • Sesuai untuk yg berusaha menurunkan berat badan.

Folat
  • Menurunkan kadar homocystein yg merupakan racun bagi dinding pembuluh darah.
  • Menurunkan risiko Penyakit kardiovaskular

Selain itu buah oren juga mengandungi postasium,kalsium,thiamin,niasin,vitamin B6,fosforus,riboflavin dan asid pantotenik


Amalan memakan sebiji oren bersaiz sederhana adalah mencukupi untuk keperluan tubuh manusia atau dibuat jus jika tidak mahu dimakan begitu sahaja.


khasiat dan nutrisi buah tembikia



khasiat buah tembikai : 



  • Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, 
  • kaya dengan asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain 
  • menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. 
  • Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan, memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan
  • Jus tembikai boleh membantu menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.
  • Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
  •  memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit

bnu Abbas berkata:"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menmabhkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."





khasiat dan nutrisi buah delima


Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia
Antara kebaikannya :

  • menghalang pembentukan sel kanser
  • mencantikkan kulit
  • mencegah dr nyanyuk
  • memberi tenaga
  • elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
  • elok utk sistem penghadaman
  • mngurangkan berat badan
  • prevent morning sickness( utk org mengandung)
  • memperelokkan rahim
  • buah delima amat kaya dengan vitamin C, 
  • kaya dengan kalsium dan juga fosfuras selain daripada unsur-unsur nutrien yang lain..
  • kandungan protein dan lemak adalah sedikit..
  • jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan 





Isnin, 23 Mei 2011

Khasiat dan nutrisi buah Betik


























khasiat betik



  • Betik kaya dengan vitamin A (kulit) C (isi), juga kalium. 
  • terdapat juga kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. 
  • Jumlah kalorinya sangat rendah
  • memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. 
  • Jika dimakan segar secara rutin, bermanfaat untuk mengubati usus yang luka
  • mengurangkan panas tubuh ketika deman.
  • betik dapat mengubati beragam penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
    a. menyembuhkan luka.
    b. menghilangkan infeksi.
    c. menghilangkan alergi
  • sebagai agen antipenuaan,
  • betik juga berperanan untuk menghalang kanser seperti kanser prostat, penyakit berkaitan jantung dan penyakit alzheimer.

Biji


Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. 

Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.






Rabu, 18 Mei 2011

khasiat buah epal dan fakta kesihatan

KHASIAT BUAH EPAL: 

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. 

Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

FAKTA KESIHATAN:
  • - Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
  • - Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.
  • - Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • - Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • - Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • - Membantu mengekalkan berat badan.

* dikhabarkan khasiat buah epal ini boleh membantu 'melawan' jangkitan penyakit selesema babi (H1N1).


khasiat dan nutrisi daun teh









KHASIAT TEH:
Sebagai minuman kedua popular di dunia selepas air putih. Khasiat teh dari segi kesihatan antaranya ialah:

  • - mencegah kanser
  • - mengandungi vitamin C
  • - menurunkan kemungkinan serangan jantung
  • - memperkuat urat-urat
  • - membantu pencernaan
  • - penyubur dan menghitamkan rambut
  • - mencegah kencing manis (diabetes mellitus)
  • - mengatasi sakit kepala
  • - mengandung floride dan mineral yang memperkuat gigi dan tulang
  • - berfungsi sbg anti-bakteria, melawan penyakit spt cirit birit, cholera
  • - mempertajam pikiran, konsentrasi dan menghilangkan kelelahan

Berdasarkan hasil penelitian Dr Sirving O Keli dari Lembaga Perlindungan Kesihatan Masyarakat dan Lingkungan Belanda, meminum teh sebaiknya minima 4 cawan sehari.

Dengan cara ini, peminumnya akan tetap segar dan terhindar dari gangguan jantung dan kanser. Dalam buku Shennong Bencao, mencatat 72 jenis tanaman beracun yang dapat dineutralkan oleh teh. Dengan kemampuan antibakterianya, teh membantu menghalang infeksi tenggorokan. Penelitian juga menunjukkan, meminum teh akan memperbaiki konsentrasi, ketajaman perhatian dan kemampuan memecahkan masalah. Lebih dari itu, teh boleh digunakan sebagai ubat luar untuk beberapa penyakit.



Selasa, 17 Mei 2011

khasiat dan nutrisi buah naga



khasiat dan nutrisi buah naga



  • Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; 
  • vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera);
  • vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) 
  • vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
  • mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung
  • serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet)
  • karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit)
  • kalsium (menguatkan tulang). baik 
  • untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
  • Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
  • Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah
  • Cegah kanser usus
  • Cegah kandungan kolesterol tinggi
  • Turunkan kadar lemak

Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg




Khamis, 12 Mei 2011

khasiat lobak merah






Nama : Lobak merah
Huraian : Tumbuhan jenis ini sangat popular di negara kita. Jenis tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan digunakan sebagai bahan makanan dan perubatan.


Khasiat dan penggunaan

Tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin lengkap seperti A, B,dan C, garam, potasium dan karotin. Karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser, manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama ‘teh’ untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak-kanak.

Tumbuhan ini juga berupaya mengurangkan :

  1. kandungan gula dalam badan
  2. mencegah kanser
  3. mengubat kencing manis
  4. gout
  5. penyakit jantung
  6. penghadaman dan penglihatan.

Menurut herbalis Nichiolas Culpepper, dalam bukunya ‘The Compelete Herbal’ lobak merah berupaya :

  1. memecah angin
  2. menyembuh luka
  3. meningkatkan kekerapan kencing
  4. memecahkan batu karang
  5. Sekiranya daun dihancurkan dengan madu boleh menyembuh luka dan kanser






Selasa, 10 Mei 2011

khasiat daun salad


DAUN SALAD

 Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan.
 Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa



khasiat daun salad :



  • merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. 
  • kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu 
  • mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
  • Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .
  • Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman
Ciri-ciri diet salad yang baik
  • Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung
  • Bataskan penggunaan bijirin
  • Pilih minyak zaitun dan makanan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3
  • Jangan tambahkan gula di dalam hidangan salad
  • Pastikan makan buah-buahan sekali sehari
  • Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad
  • Elakkan penambahan makanan berlemak
  • Tambahkan sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging (pilihan)



SALAD AYAM 

Bahan
1 keping dada ayam [kakliza gunakan chicken fillet]
1 biji telur
tepung gorengan KFC
minyak
mayonis
lada hitam

Bahan sayur
tomato [potong dadu]
timun [buangkan biji dan parut panjang]
salad
daun bawang [ hiris pendek]

Cara
1. Ayam dicelupkan ndan telur dan golekkan dlam tepung KFC.
2. Goreng dengan api sederhana sehingga masak tapi jangan garing.
3, Hiriskan nipis dan kecil.
4. gaulkan sayur dengan mayonis dan alda hitam.
5. Hidangkan dengan roti atau buat inti roti omlet atau buat sandwich atau buat foldover 







khasiat bawang putih






BAWANG PUTIH

 Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.


khasiat bawang putih:



  • dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah .
  • menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya  mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.
  • Membantu menghambat proses penuaan. Menghambat pertumbuhan sel kanker.
  • Dengan mengkonsumsi bawang putih, resiko terkena kanker dapat dikurangi.
  • Bawang putih yang dikonsumsi secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
  • Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene menolong mencegah penggumpalan darah.
  • Bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan depresi.
  •  Dengan efek yang lebih lembut. Bawang putih mengandung vitamin A.
  • Bawang putih mengandung vitamin B.





Bahan-Bahan:
20 gm roti Perancis
15 gm mentega
8 gm bawang putih (dicincang)
20 gm tomato (dipotong kiub)
3 gm daun selasih
1 gm garam dan lada sulah
2 gm jus lemon
5 gm bawang merah (dicincang halus)
Cara:
Potong roti Perancis setiap satu 3 keping. Masukkan ke dalam oven selama 3 minit. Campurkan bawang putih, mentega dan kacau hingga sebati. Keluarkan roti dari oven dan sapukan mentega di atas roti tadi. Campurkan tomato, bawang merah, daun selasih, bawang putih, jus lemon dan garam secukup rasa. Keluarkan roti dari oven dan tuangkan campuran tomato ke atas roti tadi. Aturkan ketiga-tiga roti tadi di atas pinggan dan hiaskan.






khasiat ubi kentang



 Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. 




khasiat ubi kentang :

  • Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C  yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. 
  • Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
  • Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. 
  • Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.
  • mengandungi protein , sebnyk yg terkandung dalam nasi, gandum dan bijirin
  • mengukus lebih baik dari merebus, kerana vitamin larut air boleh hilang ke dalam air.. 

elakkan mengupas kulit dalam masakan dalam rebusan... jika dikupaskulitnya.. kemungkinan akan kehilangan 80% khasiat ubi kentang

merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat 
Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. 



Cara Membuat Resepi Kentang Putar @ Mashed Potato

Hello guys! Kali ini aku nak ajar bagaimana cara membuat resepi kentang putar atau lebih popular lagi dengan panggilan Mashed Potato. Korang mesti pernah makan kentang putar kan? Terutama sekali yang sering ke KFC. Makan kentang putar hingga menjilat jari!
Nak buat kentang putar ini amat simple dan senang. If korang bosan-bosan duduk dekat rumah atau dah jemu makan nasi. Cuba lah salah satu hidangan barat ini. Modal tak perlu banyak. Bawah RM10 dah boleh hasilkan kentang putar untuk seisi keluarga! So, Apa yang korang perlu ada?
1. Ubi kentang .
2. Susu segar
3. Mayonese
4. Mentega
4. Garam
5.  Sebuk lada hitam
Ini lah rupanya ubi kentang yang aku maksudkan. Dalam 10 ketul ini baru je dalam rm4. murah kan?
Korang harus buangkan kulit ubi kentang ini dan potongkan dalam bentuk dadu. Kenapa perlu bentuk dadu? If korang nak bentuk love pon boleh, janji dipotong kecil-kecil untuk lebih senang dimasak.
Kemudian korang rebuskanlah ubi kentang yang sudah dipotong tadi sehingga masak (lembik). Jika hendak lebih cepat masak, masukkan sedikit garam untuk meninggikan takat didih air *chemistry sikit! haha*
Selepas ubi kentang tadi dah masak (cucuk garfu nak tahu kelembutan dia). Tapiskan ubi kentang tadi untuk singkirkan air rebusan. Pastikan tiada air rebusan yang tertinggal.
Masukan semula ubi kentang yang sudah direbus tadi ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukan 1 cawan susu segar, 3 sudu mayonese, 3 sudu majerin, sedikit serbuk lada hitam dan juga garam. Gaul-gaulkan sehingga ubi kentang tadi hancur. * lebih afdal lenyek menggunakan penekan daging berger. haha*
Finally siap! So boleh lah hidangkan kepada family. Tapi mesti korang tanya. “Mana gravy dia?”. Nanti aku ajarkan buat gravy dia pulak. Tapi if makan kentang putar macam ini pon dah enak! Selamat menjamu!
*Jangan segan untuk ‘share’ resepi kentang putar/mashed potato yang enak lagi senang ini bersama rakan-rakan anda. If saya boleh buat, anda lagi hebat!*








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...