nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 1 Februari 2011

pilihan menu diet bersama langsing

Pelbagai pilihan menu diet bersama langsing

Diatas permintaan semua customer tersayang , disini saya sertakan pelbagai pilihan menu sihat untuk anda.



Pilihan sarapan pagi 

pilih salah satu

  • semangkuk oat dan nescafe 
  • sekeping capathi dan kuah dal dan secawan teh o
  • 2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad      serta air soya.
  • Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
  • sekeping tosai dan nescafe
  • 2 ketul popia basah dan segelas teh o
  • 2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
  • 2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
  • 2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.






Pilihan Makanan tengahari.


kalau boleh padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan .)




  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
  • satu senduk mee hoon goreng
  • 1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
  • kweyteow sup
  • 1/2 cawan makaroni goreng
  • 1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
  • 1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup dan beberpa ketul kentang.




  • 1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
  • 1/2 senduk nasi ayam dan ayam dada steam buang kulit.dan potongan timun,
  • 1/2 senduk nasi ,ikan masak tiga rasa (makan isinya)dan 1/2 senduk sup sawi.
  • 1/2 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
  • 1/2 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
  • 1 mangkuk wantan mee.
  • 1/2 mangkuk pasta 
  • 1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kembung masak pindang dan 1/2 senduk sayur kubis
  • 1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
  • 1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.



kalau hari cuti boleh ambil satu senduk penuh nasi tapi malam jangan makan ok,malam ambil desert ok. ingat.



Pilihan desert/atau makanan ganti makan malam/minum petang pun boleh.



  • 2 ketul popia basah dan jus tembikai.
  • 1 mangkuk rojak buah
  • sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
  • beberapa potong buah naga.( sangat baik diamalkan as snack , masa nonton tv)
  • 5 keping biskut dan secawan milo panas.
  • 2 keping vadai dan segelas lassi sejuk 
  • 1 mangkuk salad buah.
  • kunyah-kunyah sebiji carrot
  • semangkuk tau fu fah
  • satu biji jagung rebus.
  • segelas jus tomato.
  • seketul tahu sumbat dan segelas soya.
  • 1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
  • 1 cawan yogurt asli ( baik diamalkan setiap malam sebagai penganti dinner)
  • 1 keping sandwich keju
  • seketul puding roti dan teh o
  • 4 ketul cekodok he,he dan nescafe o ( peberet nih)




ok cukup dulu setakat ni yer.nanti saya update lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...