nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 1 Februari 2011

Masalah Perut Buncit

Cara Atasi Masalah Perut Buncit

Nak tahu bagaimana atasi masalah perut buncit? Boleh cuba cara ini.
Minum Air
Perut penuh adalah disebabkan oleh penyimpanan air, kurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Ia akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh dan meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan.
Makan Dengan Perlahan
Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul, tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.
Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya akan menambahkan lagi sodium dalam tubuh dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.
Hindari Sembelit
Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Olahraga
Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar sebagai air kencing.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...