nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 1 Februari 2011

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.

a.      Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
·        Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi.  Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

a.      Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

·        6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

a.      Kurangkan kafein

·        Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres.  Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

a.      Kurangkan pengambilan garam.

·        Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

a.      Kurangkan gula

·        Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.





a.      Berhenti merokok

·        Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan.  Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

a.      Berhenti dari pengambilan alkohol

·        Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

a.      Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

·        Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a.      Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

·        Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a.      Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

·        Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...