nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 28 Januari 2011

Kelebihan sang wanita




3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih burukdaripada1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknyadaripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripadatiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akanmasuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripadayakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari keranamenjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah”akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum (memasak) dengan ''bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapatpahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah (ilmu untuk kebaikan) dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita cantik yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Isteri dan ibu-Tunggak kebahagiaan suami dan anak-anak



Diriwayatkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Doa orang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki".


Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, tegas baginda,“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Jadikanlah Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam hidup. Sesungguhnya Al-Quran tidak pernah silap dan sentiasa relevanwalaupun masa dan zaman beredar. Allah s.w.t telah berfirman sebagai peringatan: "Dan kami turunkan Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka berfikir"- An-Nahl (16:44).

Bagi kaum perempuan, rebutlah peluang untuk berbuat kebaikan dengan ganjaran pahala yang sebegitu banyak.Didik dan bentuklah diri agar menjadi hamba Allah dan insan yang hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan di dunia serta beroleh syurga di akhirat. Berdoalah pada Allah selalu agar dikurniakan akal dan nafsu yang beriman kepadaNya. Gunakan akal dan nafsu itu untuk tujuan kebaikan dan mempengaruhi insan lain ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Bagi kaum lelaki, ingatlah, kamu TIDAK akan menjejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejaki syurga, melainkan kamu telah benar-benar menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka menentang!
Bagi pasangan suami isteri, berbuat baiklah kepada pasanganmu setiap masa, kerana siapa tahu, hari ini mungkin hari terakhir kita berjumpa kerana malaikat maut tidak pernah lewat untuk mencabut nyawa setiap makhluk Allah. Mungkin sewaktu pulang dari pejabat, sewaktu keluar membeli sebungkus rokok, atau sewaktu sedang tidur....nyawa kita tiba ke penghujungnya...
Bagi anak-anakberbakti dan taatlah kepada kedua ibu dan bapa kamu sewaktu mereka masih hidup....kerana, jangan sesekali kita menyesal setelah mereka tiada. Hadapi kedua ibu bapa dengan kasih-sayang dan perkataan yang lembutwalaupun mereka sering lupa dan menyusahkan kamu kerana faktor umur dan keuzuran mereka, Ingatlah, ibulahyang mengandung dalam keadaan yang amat bersusah-payah. Ibulah yang melahirkan kamu ke dunia dengan menggadaikan nyawanya sendiri. Ibulah juga yang menjaga dan mendidikmudengan penuh kasih-sayang, bersengkang mata di waktu malam serta memberi pendidikan yang sempurna sehingga kamu menjadi insan yang berjaya.
Jangan pula kamu mengabaikan bapamu kerana merekalah yang bekerja keras mencari nafkah untuk menyara perbelanjaan makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran yang terbaik untuk mu. Mereka sanggup berlapar dan hidup dalam kesusahan asalkan anak-anak mendapat makanan dan kehidupan yang lebih sempurna.
Sempurnakan kehidupan hari tua ibu dan bapamusebagaimana mereka menyempurnakan hari-harimu di waktu usiamu seorang bayi sehingga kamu meraih pendapatan sendiri.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua orang tuamu dan kemurkaan Allah terletak pada kemarahan kedua orang tuamu!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...