nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 16 November 2010

ZIKIR ADALAH SATU KEPERLUAN

ZIKIR ADALAH SATU KEPERLUAN


Di antara ayat-ayat al-Quran, firman Allah Ta’ala

Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekalian…..” (al-Baqarah: 152)

Berzikirlah (ingatlah) kepada Allah dengan sebutan  zikir yang banyak.”
(al-Ahzab: 41)

Mereka yang berzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri duduk dan sedang berbaring.” (al-Imran: 191)

“Dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang maka berzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.”
(an-Nisa’: 103)

Berkata Ibnu Abbas: Maksud ayat di atas, hendaklah seseorang itu berzikir kepada Allah pada malam hari dan siangnya, di daratan dan di lautan ketika dalam pelayaran dan di dalam  keadaan kaya dan miskin, sakit dan sihat, sama ada dengan suara rendah (dalam hati) mahupun dengan suara nyaring yang didengar oleh ramai.

Allah berfirman:
Berzikirlah pada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan  takut dan bukan dengan suara nyaring di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau sampai dikira orang-orang yang lalai.”
(al-A’raf: 205)

Allah berfirman lagi pada mencela orang-orang munafikin:
“Mereka itu tiada mengingati Allah melainkan sedikit sekali.”
(an-Nisa: 142)

Di antara Hadis-hadis yang membicarakan hal-hal ini ialah:
“Berfirman Allah azzawajalla: Aku sentiasa bersama hambaKu selagi ia mengingatiKu, dan selagi kedua kelopak bibirnya bergerak-gerak (kerana berzikir kepadaKu).”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Barangsiapa yang ingin bersenang-senang di dalam taman-taman syurga maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir Allah Azzawajalla.”
Apabila Rasulullah s.a.w ditanya: Mana satu amalan yang paling utama sekali?,  baginda lalu menjawab:
“Iaitu apabila engkau menghadap maut sedangkan  lidahmu lembut berzikir kepada Allah Azzawajalla.

Sabda Rasulullah SAW :
“Telah berfirman Allah Tabaraka Ta’ala.  Andaikata hambaKu mengingatiKU dalam dirinya,  niscaya Aku akan mengingatinya di dalam diriKu.  Andaikata dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, niscaya Aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mendekatiKu sejengkal, niscaya Aku akan mendekatinya sehasta.”

Dari kata-kata atsar pula, berkata al-Hasan:
Zikir itu ada dua jenisnya: Berzikir kepada Allah Azzawajalla di antara dirimu dan antara Allah Azzawajalla. Alangkah baiknya ini dan besar pula pahalanya. Dan lebih utama dari itu ialah berzikir kepada Allah SWT  pada ketika Allah mengharamkan sesuatu kepadanya.

Keutamaan majlis zikir.


Berkata Rasulullah s.a.w.
“Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di dalam satu majlis sedang mereka berzikir kepada Allah Azzawajalla, melainkan para Malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang ada di sisinya.”

Keutamaan bertahlil.

Bersabda Rasulullah s.a.w.
“Sepenting-penting yang saya katakan, begitu juga para Nabi yang sebelumku ialah: Laa Ilaha Illallahu Wahdahuu Laa Sayariikalah (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya),”
Bersabda Nabi s.a.w lagi:
“Barangsiapa mengucapkan: Laa Ilahaa Illallahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Wahuwa ‘Alaa Kullu Syai’in Qadir (Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya kepunyaanNya segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian dan dia Berkuasa atas segala sesuatu) setiap kali 100 kali Pahalanya sama seperti pahala memerdekakan 10 hamba sahaya, dan dicatitkan baginya 100 hasanah (keabaikan) dan dipadamkan daripadanya 100 saiyi’ah (keburukan).”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog