nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 19 November 2010

Warkah Dari Sudan

Warkah Dari Sudan


haboob_over_the_nile_3
"Beberapa bulan yang lepas Bandar Khartoum diizinkan Allah diselubungi debu yang sangat tebal. Keadaan begitu mengerikan sehingga kami terbayang ... "
Assalamualaikum
Menemui semua sahabat dan rakan yang dirahmati Allah sekalian. Semoga Allah masih meletakkan kita dalam lindungan rahmat kasih sayang-Nya. Secara telus sebenarnya Allah berhak memberi dan mencabut hidayah yang kita kecapi. Bila-bila dan di mana sahaja.
Beberapa bulan yang lepas Bandar Khartoum diizinkan Allah diselubungi debu yang sangat tebal. Keadaan begitu mengerikan sehingga kami terbayang bagaimana rupanya kabut hitam yang bakal Allah datangkan pada hari kiamat nanti. Sungguh Malaysia pernah dilanda jerebu namun jerebu bukanlah sehebat ribut pasir.
haboob_over_the_nile_2.jpg
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan namun jerebu hanyalah kepadatan udara dengan anasir luar yang berupa bahan mudah resap. Namun ribut pasir atau bahasa arabnya katafah bukanlah campuran anasir mudah resap dalam udara tetapi debu-debu yang dibawa oleh angin ribut dari padang pasir. Debu-debu halus itu membuatkan sukar bernafas sehingga boleh menyebabkan kepeningan. Apapun kejadian yang berupa sunnatulah ini disusun cantik oleh Allah. Sistem alam yang sinergi ini hanya menyelubungi kami selama 5 jam.
debu-melanda.jpg Sekadar menjadi peringatan terhadap kuasa Allah dan tentera Allah yang Maha Gagah dan sungguh berkuasa. Andai alam ini diciptakan oleh selain Allah maka sudah tentu akan pincang dan goyah. Allah menurunkan hujan renyai selepas ribut berhenti agar debu-debu tadi kembali ke permukaan bumi. Kalau kita bijak menggunakan akal, semua makhluk akan mengingatkan kita kepada kebesaran Allah. Itulah kelebihan kita berada dalam Islam.
Kejadian ini berlaku pada akhir April 2007. Dikhabarkan inilah ribut pasir terdahsyat sejak beberapa puluh tahun lampau. Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan global warming. Apapun bagi saya dunia semakin tua dan telah hampir dengan tarikh luputnya. Sampai suatu masa nanti dunia sendiri akan mengkhabarkan kepada manusia kenapa kejadian-kejadian ini berlaku. Kenyataan ini boleh didapati dalam tafsiran surah  At-Takatsur.
haboob_over_the_nile_3.jpg
Semoga Allah memberikan kita keinsafan dengan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Semoga Islam sentiasa menjadi cara hidup bagi kita. Manusia selalu mengharapkan kelebihan-kelebihan duniawi. Kita sebenarnya lebih memerlukan bekalan-bekalan ukhrawi. Dunia ini akan kita tinggalkan dan hanya tempat kita bersinggah semata-mata.
Selalulah memohon agar Allah mengambil kita dalam keadaan kita beriman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog