nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 26 November 2010

waktunya dan cara-cara bersugi

Fadilat bersugi, waktunya dan cara-cara



Bersugi
Bersugi
Fadilat bersugi / mengosok gigi



          Setengah fadilat bersugi iaitu dua rakaa’d sembahayang dengan mengosok gigi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaa’d tampa mengosok gigi, orang yang bersugi mendapat keredaan tuhan, mensucikan mulut, mengelokkan bau mulut, menambah kercerdikan, mencerahkan mata, melambatkan tumbuh uban, mengelok tulang belakang, menggandakan pahala dan mengingatkan kalimah sahadah ketika hendak mati.

Masa disunatkan bersugi
          Sunat bersugi pada tiap-tiap keadan dan yang terlebih kuat dituntut pada ketika hendak membaca al-Quran, ketika hendak sembahyang kerana sabda nabi النبي صلى اللّه عليه وسم

لو لا أن أشق علي أمتى لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة وفي رواية عند كل وضؤ

 Ertinya jikalau tidak menyusahkan umat ku sesunguhnya aku hendak memperwajibkan mereka itu bersugi pada tiap-tiap kali hendak sembahyang dan pada satu riwayat pada tiap-tiap kali mengambil wuduk.
 Sunat bersugi ketika berubah bau mulut, ketika bangun daripada tidur, ketika kuning gigi, dan sunat pula ketika hendak tidur, ketika mengambil wuduk, ketika membaca hadihs, ketika hendak mati kerana bersugi memudahkan keluar roh dan banyak lagi masa disunatkan bersugi, lihatlah pada kitab-kitab yang beser.

Waktu makruh bersugi
Orang yang berpuasa dimakruhkan bersugi kemudian daripada gelincir matahari samaada puasa fardu atau sunat. Berkekalan makruhnya sehinga terbenam matahari. Imam Nawawi telah memilih akan ketiadan makruh samaada sebelum gelincir matahari atau sesudahnya.

Cara bersugi
 Disunatkan bersugi dengan tangan kanan dan dimulakan mengosuk pada gigi garaham pehak kanan mulut sebelah atas. bawah, luar dan dalam. Hendaklah dilalukan berus gigi atau kayu sugi di atas langit-langit dan gusi dengan perlahan-lahan supaya tidak bedarah. Hendaklah dilalukan pada gigi dan lidah. Sunat mengosuk melintang gigi. Makruh mengosuk membujur gigi kerana merosakkan gusi dan berdarahnya.

Alat- alat bersugi
 Kayu terlebih utama dibuat bersugi daripada lainnya. Kayu yang mempunyi bau yang harum terlebih utama daripada kayu yang tidak mempunyi bau. Kayu arak terlebih utama daripada yang lain kerana ia mempunyi bau yang harum,  mempunyi bulu seperti berus dan kerana nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم mengunanya; mengiringinya pelepah kurma kerana alat sugi terakhir nabi; mengiringinya kayu zaitun kerana sabda nabi النبي صلى اللّه عليه وسلم

نعم السواك الزيتون من شجرة مباركة تطيب الفم وتذهب بالحفر وهو سواكى

 وسواك الأنبياء من قبلى

 Ertinya sebaik-baik berus gigi kayu zaitun ia adalah kayu yang diberi berkat. Ia mengelokkan bau mulut dan menghilang penyakit gigi. Kayu zaitun adalah berus gigi aku dan berus gigi nabi-nabi sebelum aku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog