nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Sabtu, 20 November 2010

titanic

Titanic di Tennessee replika


Titanic telah belayar dari Southampton dan karam dalam perjalanan ke New York 98 tahun yang lalu, tetapi Titanic yang ini masih berkeadaan baik - di Tennessee.

Berdiri setinggi 100 kaki dengan tiga dek, ini adalah replika 50 peratus, bahagian hadapan kapal Titanic yang dijangka akan menarik hingga satu juta pengunjung tahun ini.

Pemandangan di waktu malam, kapal dan bungkah ais.

Lobi muzium, bayaran masuk £13.

Sebuah suite elegan kelas pertama diciptakan semula dari lukisan arkitek yang asal.

Replika kabin kelas pertama.

Ruang makan kelas pertama, mempamirkan beberapa artifak di Muzium Titanic.

Replika tangga utama yang dibina dengan harga £675,000.


Menelan belanja £16 juta dan mengambil masa lebih dari satu tahun untuk disiapkan, Titanic of Pigeon Forge adalah satu binaan untuk daya tarikan muzium yang terbesar di dunia.

Muzium kapal 30,000 kaki persegi ini dibuka pada bulan April lepas untuk mengingati 2,208 orang penumpang dan anak kapal yang meninggal dunia pada 15 April, 1912.

Muzium serupa yang lebih kecil, Pigeon Forge Titanic berada di Branson, Missouri.

Empat hari perjalanan ke New York, kapal Titanic melanggar aisberg dan karam pada 1912.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog