nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Isnin, 22 November 2010

tentera islam

Bolehkah ? - Tentera Islam vs Tentera Israel ?


Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid
.....Adalah amat mustahil PBB akan melakukan sesuatu yang benar-benar melemahkan kedudukan Israel. Kita sebenarnya tertanya-tanya kenapa tindakan ganas Israel itu tidak disusuli oleh satu tindakan yang sewajarnya oleh PBB yang mewakili masyarakat antarabangsa yang menyanjung tinggi hak kemanusiaan?

Sistem dan struktur kuasa serta organisasi yang didokong oleh Barat juga gagal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini.

Liga Arab nampaknya seakan-akan satu Pertubuhan Negara-Negara Arab, tetapi negara-negara yang menganggotainya seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan lain-lain mempunyai hubungan dan kepentingan tertentu dengan AS yang tidak meletakkan kepentingan umat Islam itu lebih utama. Dalam banyak hal, tindakan mereka seolah-olah dikawal oleh AS.

Saya lebih melihat kepada satu bentuk pakatan baru yang tidak dipengaruhi oleh Barat (dan berusaha agar tidak dipengaruhi oleh Barat khususnya AS dalam sebarang keputusan). Ia mungkin lebih bersifat 'radikal' tetapi kalaulah mahu penyelesaian, maka tindakan ini difikirkan sangat perlu.

Kalaulah OIC itu mahu dijadikan asas organisasi yang diharap-harapkan, maka perlu dimasukkan beberapa ketetapan yang mempunyai unsur-unsur ketenteraan di dalamnya, di mana apabila difikirkan perlu negara-negara anggota boleh membentuk pakatan tentera bagi melindungi negara anggota lain.

Ini bukan bermakna kita mahu peperangan, tetapi tujuan melindungi diri negara anggota daripada diserang. Kita mesti memasukkan ketetapan misalnya 'sebarang pencerobohan ke atas mana-mana kawasan Islam seolah-olah menyerang semua wilayah Islam.'

Negara-negara Islam yang kuat seperti Iran atau Turki misalnya mungkin boleh memimpin organisasi baru ini dengan lebih berkesan.


Sudah pasti organisasi ini akan tidak disenangi oleh pihak AS dan Barat. Tetapi ini adalah jalan akhir bagi umat Islam daripada terus ditindas tanpa dibela. PBB tidak lagi boleh benar-benar diharapkan kerana ia tidak akan membela umat Islam.

Rundingan selalu dilakukan di antara Palestin dan Israel, tetapi dalam masa rundingan sedang berjalan, pembunuhan dan tindakan kejam ke atas umat Palestin terus berlaku.

Organisasi ini agak radikal bagi kaca mata Barat, tetapi adil bagi umat Islam/Palestin yang sentiasa diancam dan dibunuh tanpa pembelaan. Pembunuhan kejam ke atas misi kemanusiaan adalah satu lagi tahap kekejaman yang sangat tinggi. Apa yang sedang berlaku pada masyarakat Palestin seolah-olah satu pembunuhan bagi menghapuskan umat Palestin.

Sudah sampai masanya untuk kita melakukan jihad dengan membentuk organisasi ketenteraan, dan pastinya kita terhutang budi dengan mereka yang sanggup berjuang dan rela syahid. Cuma organisasi yang benar-benar sesuai belum ada, bagi menyusun dan melatih mereka - Utusan Malaysia





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog