nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 26 November 2010

TAYAMUM ATAU WUDUK SECARA BIASA



TAYAMUM ATAU WUDUK SECARA BIASA

Tulisan saya kali ini dikhususkan kepada para peserta program mendaki gunung Kinabalu pada 7 -10 June 2007 ini,penulisan ini akan ditumpukan kepada persoalan bagaimana mahu mengambil wuduk ketika mahu menunaikan solat di puncak gunung nanti.

Sebelum ini perkara ini telah dibangkitkan pada pertemuan diantara semua perserta dan dan perkara ini tidak diputuskan lagi dan para peserta tidak diberi taklimat sepenuhnya mengenai perkara ini.Oleh itu dikesempatan ini saya telah menyediakan jawapan ringkas bagi persoalan adakah kita mahu berwuduk secara biasa atau bertayamum.Diharap tulisan ringkas ini dapat merungkai permasalahan kita mengenai perkara diatas.
Telah kita maklum bahawa berada di puncak gunung kita akan mengalami keadaan sejuk yang teramat sangat dan oleh itu ia menjadi masalah bagi kita untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.Dan kebimbangan ini telah diselesaikan dengan Rukhsah yang telah Allah berikan kepada Umat Islam iaitu 

TAYAMUM.
Ini semua bertitik tolak dengan hadis dimana seorang sahabat bertayamum kerana cuaca ketika itu amat sejuk dan nabi tidak membantah perbuatan tersebut.


Amru bin Al-Ash r.a berkata:
“Aku telah bermimpi (hingga keluar air mani) pada suatu malam yang sejuk ketika berada dalam peperangan Dzat al-Salasil.Aku tidak sanggup mandi kerana jika aku mandi,pasti aku akan jatuh sakit.Lalu aku bertayamum kemudian terus solat subuh bersama para sahabat aku.
Lalu mereka mengadu kepada Nabi SAW,kemudian baginda menjawab “Wahai Amru!Apakah kamum mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan jubub?Lalu aku menceritakan keadaan yang menghalangku daripada mandi junub.Dan kemudian aku berkata :“Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 29 berbunyi : (“janganlah kamu membunuh diri kamu sesungguhnya Allah amat mengasihani kamu semua’’).
Lalu RasullAllah SAW ketawa tetapi baginda tidak berkata apa-apa sama ada melarang atau menyuruh’’.-(Hadis riwayat Bukhari,Ahmad ,Ibnu Munzir,Ad-Daruqutni ,at-tabroni dan Al-Hakim.Hadis ini telah dipersetujui oleh Az-zahabi dan Ibnu Hajar telah menyatakannya didalam fathul bari.Dan Nail Authar jil 1 ms/232)

Ibnu Hajar berkata:
“Berdasarkan hadis ini,(hadis yang dinyatakan diatas) menunjukkan bahawa boleh bertayamum bagi sesiapa yang bimbang ditimpa kemudaratan jika mengunakan air sama ada kesejukan dan sebagainya”-(Rujuk Fathul Bahri,jil 1,ms/ 454)

Rukun Tayamum:
  1. Wajib berNiat
Berdasarkan kaedah nahu dan saraf bersumberkan ayat hokum iaitu FATAYAMMAMU (surah ar-rahman:186) yang bermaksud berniatlah untuk bertayamum.
Menurut Abu Bakar ibn al-Munzir:
“Tidak memadai tayamum atau melakukan sesuatu ibadah yang termasuk dalam ketegori fardu tanpa niat’’ (rujuk al-ausot,jil 2.ms/36-37)
  1. Membaca Bismillah
Ini berdasarkan kepada hadis Nabi:
“Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak berwuduk dan tidak sempurna wuduk seseorang yang tidak menyebut nama Allah ketika itu’’ (hadis riwayat Abu Daud,Attirmizi,Ibnu Majah dab Ahmad.Albani telah mensahihkannya kerana jalan sanad dan syahawidnya yang banyak dalam al-irwa)
  1. Menepuk debu tanah yang suci
Berdasarkan kepada Firman Allah: “Oleh itu berniatlah untuk bertayamum lalu menggunakan debu tanah yang suci’’ (surah almaidah:6)
  1. Menyapu muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan
Berdasarkan kepada Firman Allah:
“Oleh itu sapulah muka-muka kamu berserta tangan-tangan kamu menggunakannya...’’ (surah al-maidah:6)
Disokong oleh Hadis: “Ammar bin Yassir telah bertanya kepada Nabi tentang cara bertayamum lalu baginda memerintahkan menepuk ke tanah sekali tepukan lalu menyapu muka dab tangan sehingga ke pergelangan’’.(Hadis riwayat Abu Daud,Attirmizi,Ahmad,Addarimi,Ibnu Kuzaimah dan al-Baihaqi dan albani mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Daud.
Ibnu Qoyim berkata:
“Nabi SAW telah bertayamum hanya sekali tepukan lalu disapu ke muka dan tangan hingga ke pergelangan tangan.Tidak sahih pendapat mengatakan baginda bertayamum dengan dua kali tepukan dan disapu hingga kedua-dua belah sikunya’’.(rujuk Zaadul Maad,jil 1 ms/199-200,subul assalam jil 1 ms/`195-196 dan Syahrul Mumti’ jil 1 ms/350)

Perkara yang membatalkan Tayamum
  1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.
Abu Bakar Ibnu Al-Munzir berkata :
“Ahli Ilmi berijmak bahawa perkara berkaitan hadas yang membatalkan kesucian orang yang berwuduk menggunakan air juga membatalkan kesucian orang yang berwuduk menggunakan debu tanah.’’-(rujuk al-ausot jil 2,ms/59)
  1. Kewujudan Air.
“Sesungguhnya debu tanah yang baik menyucikan diri seorang mukmin jika tidak menemui air walaupun selama sepuluh tahun.Apabila dia telah menemui air hendaklah dia menggunakan air pada kulitnya kerana perkara itu lebih baik baginya.’’ (Hadis riwayat Abi Daud,At-tirmizi,An-nasai,Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-baihaqi.Al-haitami berkata:semua perawi ini adalah rijal yang sahih.Albani telah mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Daud)

Tempoh Tayamum
Berdasarkan hadis dari Abu Dzar,Nabi SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya debu tanah yang baik menyucikan diri seorang mukmin jika tidak menemui air walaupun selama sepuluh tahun.Apabila dia telah menemui air hendaklah dia menggunakan air pada kulitnya kerana perkara itu lebih baik baginya.’’ (Hadis riwayat Abi Daud,At-tirmizi,An-nasai,Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-baihaqi.Al-haitami berkata:semua perawi ini adalah rijal yang sahih.Albani telah mensahihkannya dalam Sahih Sunan Abu Daud)
Syeikh Ibnu Uthaimin berkata:
“Tayamum adalah cara mengangkat hadas(berwuduk),ketika itu seseorang boleh mengerjakan solat fardhu walaupun bertayamum untuk solat sunat.Begitupun jika seseorang berwuduk untuk solat fardhu dia boleh mengerjakan solat sunat dengannya.Dia tidak perlu mengulangi tayamum apabila waktu telah habis selagi tidak terbatal(berhadas).’’-(rujuk Majmu’ah fatwa wa rasail Ibnu Uthaimin,jil 11 ms/240 dan Al-Daraari al-Mushiah jil 1 ms/177)



*berlainan sepertimana yang umum tahu bahawa apabila mengakat hadas secara tayamum maka tayamum itu hanya untuk sekali solat fardhu sahaja dan tidak boleh menggunakannya untuk solat sunnat.Semua itu tidak ada dalil yang sahih sama ada dari Quran dan juga Hadis Nabi SAW.Didalam kitab2 imam Syafie pun tidak ada yang menyatakan sedemikian,oleh itu adakah kita wajar mengatakan kita sebagai pe'mazhab' syafie sedangkan kita tidak mengikuti sepertimana Imam Syafie ajarkan.Untuk makluman semua,ibnu hajar asqolani adalah antara tokoh mazhab syafie yang mashur dan kita boleh lihat kenyataan beliau seperti yang ada diatas berlainan dengan seperti yang kita tahu.Pertimbangkan berdasarkan dalil bukan berdasarkan 'cakap2' ustaz atau ulama yang tidak bersandarkan hujah yang sahih atas sandaran Quran dan hadis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog