nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Sabtu, 20 November 2010

Pembohongan di internet

Pembohongan di internet


Pada satu ketika dulu, ramai penggemar kucing gempar dengan kemunculan gambar kucing mutan di internet (gambar di atas), dikatakan seberat 87 pound, anak kepada kucing yang dijumpai di fasiliti kajian atom terbiar yang pernah digunakan oleh Atomic Energy of Canada.

Dengan kenyataan, ”.. anjing German Shepherd jiran ku berlari pergi bila bertemu nya.”  “Setelah menjumpai bangkai rakun yang separuh dimakan di garaj, kami bercadang untuk mengurung Snowball (nama kucing).. ” Cerita yang meyakinkan sehingga ramai yang percaya dengan kewujudan kucing bersais besar ini.

Setelah beberapa lama cerita ini menjadi popular di internet, ianya kemudian dikesan sebagai satu pembohongan. Gambar tersebut sebenarnya telah di ‘photo-shop’ (ubah secara digital) dengan baik, kucing bersais biasa menjadi besar, secara kasar dilihat tiada sebarang kecacatan. Cerita serta gambar ini telah tersenarai di BigHoaxes.com.

Di bawah, gambar berkenaan yang telah di 'photo-shop' semula oleh pihak lain sebagai membalas balik pembohongan tersebut:

Kucing menjadi lebih besar.

Kucing bersama tuannya 'dipindahkan' ke bangunan World Trade Center semasa peristiwa 9/11 - lihat tarikh dan kapalterbang yang hampir merempuh bangunan.

Dengan teknoloji komputer yang ada sekarang, tak mustahil setiap gambar boleh diubah. Jadi, bila kita melayari internet, jangan kita terus mempercayai sesuatu cerita aneh atau kenyataan hanya berpandukan pada gambar. Pastikan ianya dari sumber yang boleh dipercayai (kecuali lah kalau yang 'dipercayai' pun tak tentu boleh dipercayai).

Terdapat banyak gambar atau video yang pelik-pelik yang tidak diketahui dengan pasti dari mana sumbernya, tersiar di laman-laman web dengan cerita yang sungguh sensasi dan ulasan yang berbeza-beza. Cuba lihat Video: Malaikat di atas kaabah - berserta ulasan yang munasabah.

Kekadang, gambar asli, tapi ceritanya pula yang bohong. Contoh, gambar di bawah. Ada laman web yang menyertakan gambar dengan kenyataan bahawa gambar tersebut adalah haiwan hasil perbuatan sumbang di antara seorang gadis dan seekor anjing! Astaghfirullah.. terbelit fakta.


Sebenarnya ia adalah hasil seni seorang pembuat arca Itali. Lihat di Patricia Piccinini.net.

Gambar dari Patricia Piccinini.net.

Contoh beberapa gambar  ‘photo-shopped’,

Wow! Besar nya ikan tapi kelihatan ringan.

Anjing mungkin besar, tapi tak mungkin sebegini besar.

Gambar 'Hercules, the World's Biggest Dog' yang sebenarnya disunting secara digital, juga tersenarai di Hoax Buster.org.

Lihat gambar-gambar 'bohong' di Museumofhoaxes.com.

Dan ada banyak lagi pembohongan di internet...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog