nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 16 November 2010

organ pemuda palestin dijual

Sayangilah Saudara Kita di Palestin

Ogos 28, 2009
Israel berusaha menutup pembongkaran isu penjualan organ  pemuda Palestin apabila menuntut pampasan sejumlah  $7.5 juta terhadap laporan sebuah akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ di mana wartawan tersebut  telah mendakwa bahawa tentera Israel telah memotong  organ-organ pemuda Palestin selepas menembak mati mereka.
Sebelum ini, akhbar ‘Haafton Bladet’ telah melaporkan  terdapat suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan penglibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.
Donald BOSTRÖM, bekerja dengan akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’, berkata yang dia telah menemubual sebuah keluarga rakyat Palestin di mana anak muda mereka telah dibunuh oleh tentera Israel dan beliau juga telah mengambil gambar-gambar badan pemuda tersebut yang menunjukan telah di belah di Pusat Forensik Israel.
Israel berkata yang laporan ini adalah anti-Yahudi dan cuba menggambarkan kezaliman dan kejahatan negara mereka. Menurut wakil peguam Israel, Guy Ohpir, artikel tersebut adalah anti-Yahudi, bersifat perkauman, dan fitnah besar, dan artikel itu juga adalah dianggap hasutan menentang orang Yahudi dan tentera Israel. Peguam itu menambah bahawa tuntutan mahkamah di buat di New York kerana akhbar tersebut di sebarkan di negara tersebut ( Sweden).
Alangkah enaknya kita bersahur dan berpuasa dengan penuh ketenangan, tetapi ternyata puasa kita tidak bersama roh persaudaraan sesama Islam dan kita hanya berpuasa dengan sifat keakuan atau ananiah,  peringkat puasa kita hanyalah diperingkat puasa untuk Allah terima secara sendirian bukanlah puasa yang diterima secara Jamaah dan kita bergembira di dalam Syurga Allah secara berjemaah. Layakkah Allah menerima puasa kita yang bersifat kepentingan diri sendiri, sedangkan Rasulullah mewajibkan kita secara berjemaah agar keamanan dan keharmonian Islam dapat dirasai oleh alam sejagat…  renunglah saudara-saudariku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog