nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Sabtu, 20 November 2010

Orang terkaya India pindah ke rumah baru berharga £630 juta

Gambar bangunan 27 tingkat yang sedang dalam pembinaan ini adalah sebuah rumah milik seorang jutawan India, Mukesh Ambani, kini telah pun siap. Dikatakan rumah termahal di dunia, bernilai £630 juta (RM3,118 juta! Betul ke kiraan ini, aku convert kepada RM di convert-me.com).

Mukesh Ambani, isteri dan tiga orang anaknya telah berpindah rumah, ke bangunan yang diberi nama Antilia, nama sebuah pulau mitos. Ia dilengkapi sebuah kelab kesihatan dengan gym dan studio tari, sekurang-kurangnya satu studio, dewan menari, bilik tetamu dan pelbagai lounge serta sebuah pawagam dengan 50 tempat duduk.

Ditambah pula dengan sebuah taman tinggi yang memuatkan pohon-pohon kecil.

Di bumbung bangunan terdapat tiga tempat helikopter mendarat dan tempat letak kereta untuk 160 buah kereta di bawah tanah - yang tentunya akan berguna untuk para tetamu di pesta yang akan datang di rumah baru Ambani ini.

Dari tingkat teratas setinggi 173 meter, kelihatan pemandangan Mumbai dan Laut Arab.

Cermin, besi dan jubin yang digunakan untuk membuat bangunan adalah dari sumber-sumber tempatan. Jumlah ruang dilaporkan seluas 37,000 meter persegi, melebihi Istana Versailles.

Dan untuk semuanya berjalan lancar, bangunan ini mempunyai 600 orang kakitangan.

Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki sebahagian besar Reliance Industries, minyak, konglomerat runcit dan bioteknologi bernilai £ 18 bilion. Taipan 53 tahun ini tidak hanya orang terkaya di India, tetapi juga orang keempat terkaya di dunia. - Telegraph

Mukesh Ambani



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog