nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 19 November 2010

mimpi dan tafsirannya menurut Islam ( ringkas)



  • menunaikan solat - akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.
• berlaku perang sabil atau menunaikan haji - dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
 
• memasuki masjid haram / melakukan tawaf di baitulallah - anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.
• beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
• memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda - anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
 
• membaca qur'an dengan suara yang lanjut - panjang usia anda
• berpuasa - anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar.
• diri anda dalam keadaan bersujud - anda akan bertapa.
• sembahyangkan jenazah -anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
 
• melihat pelita atau sesuatu yang menyala - pekerjaanyang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain.
• diri atau rumah anda terbakar - anda akan mendapat ilmu kebajikan di duniadan akhirat
• melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan - anda akan mendapat berita yang gembira
 
• melihat jalan yang lurus -anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
• melihat jalan ke pekan - anda akan mendapat keuntungan yang besar
• melihat jalan yang sempit - anda akan mengalami kesukaran
• perisai terlalu banyak di rumah anda - rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
• mengenai anak panah - anda akan mendapat surat.
• diri di panah orang -anda akan mengirim berita kepada orang
• memanah kayu - akan berlaku kematian
• bermain besi - sebarang pekerjaan yang dilakukan akandiakhiri dengan kejayaan.
• bermain dengan senjata - seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
 
• mengenai permata -anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
• memakai gelang perak di kaki - anda akan mendapat kebajikan
• duit terbelah dua - anda akan bergaduh
• bertengkolok besar atau berbaju besar - anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
• berkain hijau - segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.
• memakai kain memberi - anda akan mendapat keuntungan yang besar
• kain di pinggang terkoyak - keluarganya akan mati
• terkoyak baju - kematiannya
• mengenai bunyi gendang di dalam rumah - pekerjaan anda diberkati
• rebab - beroleh kegembiraan dalam hidup
• makan kuih apam - anda akan mendapat harta
• makan sehidangan dengan raja atau orang besar -kehendak anda akan tercapai
• makan gula - seseorang akan berduka cita
• makan makanan masam memberi - anda akan sakit atau berduka
• memakan ubat- anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
• diri anda telah sembuh dari demam, - cita-cita anda akan berjaya
• muka anda merah atau hitam - anda akan mendapat bahaya.
• gigi anda patah - saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
• diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan - anda akan kehilangan harta.
• dimarahi guru, - anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.
• rumah anda atau rumah orang lain runtuh - anda akan difitnah.
• naik ke rumah besar atau mahligai yang indah- anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
• membuat rumah atau dinding - anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
• melihat rumah yang tinggi - anda akan berkawan dengan orang jahat
• tangga rumah patah - anda akan dikhianati
• berwudhuk - pekerjaan anda akan sempurna
• tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat -anda akan memperoleh harta atau ilmu
• berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh -anda akan dipermuliakan orang
• ayam sabung menyambung - anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
• melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
• melihat Rasulullah s.a.w -anda akan masuk syurga
• melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, -anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
• seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, -seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
• melihat pendita atau fakir- anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w
• melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan - anda akan mendapat kebajikan
• memegang dakwat atau kalam, - anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
• mata atau tubuh anda bercahaya - anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna
• mencukur bulu ketiak - anda akan terlepas dari harta yang ditanggung
• berjumpa dengan orang alim - anda akan menjadi penghulu besar
• memotong rambut - anda akan bercerai dengan isteri
• membuang darah - anda akan sembuh dari penyakit
• paras anda mempunyai perempuan - anda akan memperoleh harta atau anak
• diri anda mati - anda akan panjang umur
• bermimpi mati hidup semula - kehendak anda akan diperoleh
• bermimpi dibawa ke kubur - anda akan beroleh kekayaan
• kanak-kanak datang kepada anda - anda akan memperoleh harta yang banyak
• mengenai batu-batu halus - anda akan terlepas dari kedukaan
• makan tanah liat - anda akan mendapat harta
• emas yang banyak di dalam rumahnya - anda akan menjelaskan segala hutang piutang
• hujan turun dengan lebat, -anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.
• bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah - anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.
• naik ke atas angin dan tetap di sana- anda akan menjadi raja.
• melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju,- anda akan memperolehi kejayaan di dunia.
• melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya- raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.
• mendengar halilintar atau guruh petir - sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
• tebu -anda akan dimurahkan rezeki
• menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh-anda akan memperoleh untung yang banyak
• pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur - anda akan memperoleh rahmat allah,
• menanam tanaman yang masam- anda akan berduka-cita.
• menanam kapas- anda akan mendapat untung
• air sungai mengalir dengan tenang - anda akan terlepas dari bahaya.
• air sungai kering -anda akan memperoleh kesakitan
• mandi dalam sungai - anda akan beroleh rahmat
• menyelam dalam sungai yang airnya sejuk - anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat
• air laut menjadi tawar atau manis- anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.
 
• air terlalu panas - anda akan berduka cita.
• makan buah timun - anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan
• buah delima manis- anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan
• makan api - beroleh isteri yang bijaksana
• tentang emas,perak atau timah - kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan
• emas bertahtakan permata- anda akan mendapat kekayaan
• melihat kambing yang terlalu banyak - pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.
• naiki kuda atau unta,- anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.
• naik gajah -anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.
• membunuh gajah- anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
• melihat gajah berjuang - orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.
• harimau datang kepada anda - anda akan memperoleh kehinaan
• melihat babi atau anaknya - orang itu melakukan pekerjaan terkutuk.
• membunuh babi atau tikus -anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.
• pelanduk atau kijang datang kepada anda - anda akan memperolehi isteri yang jahat.
• lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga - anda akan dipermuliakan orang
• ditangkap harimau, - anda akan diperdayakan orang
• memandikan binatang - seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu
• melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung- anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik
• bermain telur ayam - anda akan berkawan dengan orang-orang jahat
• bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda - ahli keluarga anda akan meninggal dunia
• burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya - anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki
• lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak - orang ramai akan berhijrah ke tempat anda
• burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain - anda akan berduka cita
 
• burung putih datang ke rumah - anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki
• menunggang naga - semua kehendak diperoleh
• dililit ular seluruh badan - sesuatu yang buruk akan berlaku
• kutu atau hama melekat di badan atau pakaian - anda akan mendapat bencana
• disengat binatang bisa - anda akan mendapat kecelakaan
• dipatuk ular -seseorang itu akan mendapat suami atau isteri
• makan telur ayam, pisang atau minyak - akan memperoleh keuntungan
• memukat ikan - anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda
• mencari burung - anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki
• mendapat terlalu banyak najis - anda akan kekurangan harta
• mengenai najis besar - anda akan mendapat kerugian
• makan tahi - anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit
• mencium bau kasturi atau anbar - orang itu akan sakit
• tubuh anda direnjis air mawar - anda akan mendapat harta kekayaan yang halal




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog