nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Selasa, 16 November 2010

LIHATLAH KEHEBATAN SOLAT


  • Apabila berdiri dan lafaz  الله أكبر  keluar dari bibir kita.. keluarlah dari tubuh kita dosa-dosa sehingga tubuh kita seperti bayi yang baru lahir.
  • Apabila lafaz  أعوذ بالله من الشيطان الرجيم  dibaca Allah catitkan setiap bulu yang terdapat pada tubuh kita satu kebajikan.
  • Apabila surah الفاتحة dibaca maka Allah berikan pahala seperti mengerjakan haji dan Umrah.
  • Apabila rukun rukuk disempurnakan, Allah memberi pahala seperti bersedekah dengan seberat timbangan emas.
  • Apabila Lafaz   سبحان ربى العظيم  dibaca kita mendapat pahala seperti pahala membaca semua kitab yang telah Allah turunkan.
  • Apabila lafaz  سمع الله لمن حمده  disebut Allah memandang kearah kita dengan pandangan rahmat.
  • Apabila kita sujud kepada Allah, Allah kurniakan pahala dan kebajikan  kepada kita sebanyak kejadian manusia dan jin yang telah Allah ciptakan.
  • Apabila lafaz  سبحان ربى الأعلى  disebut maka kita mendapat pahala memerdekakan hamba sebanyak surah dan ayat suci yang terkandung dalam Al-Quran.
  • Apabila kita lafazkan تشهد  / tasyahhud dalam tahiyat kita, maka Allah kurniakan Martabat الصابرين As-Sobirin kepada kita.
  • Apabila kita memberi salam.. Allah bukakan lapan pintu Syurga untuk kita pilih yang mana satu kita hendak masuk  ke dalam Syurga Allah…
Maksud Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog