nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Rabu, 17 November 2010

imam bukhari hafal 600000 hadis

:: Imam Bukhari Hafal 600,000 Hadis Nabi ::

AHLI hadis, Imam Bukhari adalah seorang ulama yang cerdas dan mempunyai daya ingatan sangat kuat apabila mampu menghafal kira-kira 600,000 hadis Nabi.

Nama sebenarnya ialah Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardazbah bin Bazzabah al-Ja’fy. Tetapi kerana dilahirkan di kota Bukhara (Asia Tengah), beliau dipanggil Imam Bukhari.

Ahli hadis terkemuka ini lahir pada Jumaat, 13 Syawal 194 Hijrah atau 21 Julai 810 Masihi dan wafat pada 30 Ramadan 256 Hijrah atau 21 Julai 860 Masihi pada usia 60 tahun.

Kehebatan hafalannya itu pernah diuji ulama besar di Baghdad, Iraq, ketika Imam Bukhari baru berusia 25 tahun.

Ketika itu, Imam Bukhari yang masih muda diundang ke Iraq untuk menghadapi 10 ulama besar. Dalam pertemuannya, setiap ulama mengemukakan 100 hadis yang diputarbelitkan susunan kata-katanya dan Imam Bukhari diminta membetulkannya.

Selepas 10 ulama itu habis berbicara, Imam Bukhari mula menjawab dan memperbetulkan semua 100 hadis yang sudah diputarbelitkan itu secara satu persatu.

Malah, dengan tenang ditunjukkannya bahagian yang keliru, secara urutan dan terperinci sesuai dengan pertanyaan yang dikemukakan kepadanya tanpa ada yang tercicir.

Sejak itu, Imam Bukhari diakui sebagai ahli hadis yang terkemuka hingga sekarang.

Ketika berusia 16 tahun, beliau menguasai pelbagai ilmu. Malah pada umur 18 tahun, mengarang buku yang bermutu iaitu Qadhaya As-Shahabah wat-Thabi’in atau Peristiwa Hukum Pada Zaman Sahabat dan Thabi’in.

Ketika kecil, kehidupannya sangat menderita kerana selain yatim, Imam Bukhari hanya dapat melihat ketika berumur sembilan tahun. Tetapi berkat ketekunannya, dia akhirnya menjadi ulama besar.

Satu keistimewaannya adalah kekuatan hafalan, selain amat teliti dalam menyaring hadis Nabi yang beredar ketika itu.

Bagi tujuan itu, dia tidak segan-segan mengembara dari kota ke kota untuk menyaring kebenaran hadis yang dihafalnya apabila hanya sekitar 7,000 hadis yang dinyatakan sah.

Karya Bukhari yang paling masyhur adalah kumpulan hadisnya yang bertajuk Al-Jami’us Shahih al Mukhtasar al-Musnad min Ahaditsi Rasulillah atau singkatnya Jami’ Shah Bukhari yang mengandungi 7,275 hadis sahih.

Sumber: Utusan o­nline __._,_.___



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog