nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Sabtu, 20 November 2010

Helikopter yang boleh bertukar menjadi SUV


Gambaran artis.

Helikopter ini bagaikan Transformers kerana boleh berubah menjadi kenderaan SUV 4x4. Mungkin suatu hari nanti, helikopter serba guna ini akan digunakan oleh pasukan Amerika Syarikat di Iraq atau Afganistan untuk membantu mereka menghindari ancaman bom pinggir jalan.

Rekabentuk futuristik ini adalah idea terbaru dari Syarikat Pesawat AVX yang berpengkalan di Texas. Ia dikatakan dapat membawa empat orang tentera berkelekapan dan mampu membuat perjalanan sejauh 250 batu di darat dan udara dengan satu tangki bahan bakar.


Pihak syarikat mengatakan bahawa hampir setiap askar boleh memandu dan menerbangkan kenderaan tersebut walau tidak mempunyai lesen penerbangan. 'Transfomasi' dari helikopter ke SUV dan sebaliknya, boleh dilakukan hanya dalam masa satu minit. Kenderaan ini sangat sesuai untuk digunakan di Iraq dan Afghanistan di mana pasukan tentera menghadapi bahaya bom pinggir jalan atau IED (improvised explosive devices).

Pentagon kini sedang mempertimbangkan rekabentuk kenderaan tersebut. Bagaimanapun, Syarikat Pesawat AVX memerlukan masa beberapa tahun lagi untuk menghasilkan sebuah prototype.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog