nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Sabtu, 20 November 2010

berani atau gila

Pencuci cermin di Dubai: berani atau gila

Ada satu perkara bila membina beberapa menara tertinggi di dunia. Apa kah yang terjadi jika cermin perlu dibersihkan?

Bertenggek di ambang tingkap yang sempit ratusan kaki dari atas tanah, lelaki ini menggunakan keberaniannya untuk menggosok cermin di tingkat 34 sebuah apartmen di pantai Jumeirah, Dubai - tanpa baju dan sebarang alat keselamatan.


Nyawa terletak di tangan yang memaut pada rangka tingkap, walau hanya dengan hujung jari, dia tetap meneruskan tugasnya.

Dia diarah untuk memastikan jendela itu berkilauan oleh penghuni di sebuah blok apartmen bersebelahan.


Menyentuh tentang keselamatan di kalangan tenaga kerja pendatang yang ramai, pihak berkuasa Dubai mempunyai rekod yang meragukan.

Keadaan di mana pendatang diharapkan untuk bekerja telah lama menjadi pembahasan di Emiriah Arab Bersatu.

Namun sebahagian besar pekerja tersebut tidak mempunyai hak bersuara, walau tentang keselamatan mereka sendiri. Mereka juga menyedari, jika mereka diusir, ada ribuan orang lain bersedia untuk mengambil tempat mereka. - Dailymail




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog