nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Isnin, 15 November 2010

Bacalah surah Yassin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud :"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu :
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.    
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.    
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut...    
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.    
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.    
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.    
 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.  
 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.  
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.  
11. Rasulullah s.a.w bersabda :  "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran      itu ialah Yassin.  Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti      pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.  

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada      setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.  Mereka berdoa dan      meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut      menyembahyangkan jenazahnya".  

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin  sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.  Ketika dia  meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam  Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan  setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya  tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini,dia adalah orang-orang yang munafik.
Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog