nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 19 November 2010

Adakah Bahasa Arab itu Bahasa Ahli Syurga?

Adakah Bahasa Arab itu Bahasa Ahli Syurga?


Soalan:
Apakah bahasa ahli syurga, adakah bahasa Arab itu bahasa ahli syurga?

Jawapan:
Tidak terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah(sepengetahuan kami) yang mengkhabarkan bahasa yang dipertuturi oleh ahli syurga. Apa yang terdapat adalah hadith yang tidak sahih dari Nabi s.a.w.
Telah diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Awsat, al-Hakim, al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan selain mereka dari Ibnu Abbas r.a berkata,

bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Cintai orang Arab kerana tiga perkara, iaitu kerana aku adalah berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab”.
Hadith ini dinilai palsu oleh Ibnu al-Jawzi. Az-Zahabi berkata “Aku merasakan bahawa hadith ini adalah palsu”. Al-Albani menyebut di dalam al-Silsilah al-Do’iefah(no. 160) bahawa hadith ini adalah palsu.
Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata:
 
“Begitu juga diriwayatkan oleh Abu Ja’afar Muhammad bin Abdullah al-Hafidz al-Kufi yang dikenali sebagai Mutin disampaikan oleh al-’Ala bin ‘Amar al-Hanafi, disampaikan oleh Yahya bin Zaid al-’Asy’ari, disampaikan oleh Ibnu Juraij dari ‘Ato’ dari Ibnu ‘Abbas r.a yang berkata, 

bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Cintai orang Arab kerana tiga perkara, iaitu kerana aku adalah berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab”. Menurut al-Hafidz as-Salafi, hadith ini adalah hasan. Aku tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh beliau(al-Hafidz as-Salafi) berkenaan sanad yang HASAN menurut metod ahli-ahli hadith. Atau apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah HASAN dari sudut matan(isi kandungan hadith) menurut istilah umum, sedangkan Abu al-Farj Ibnu al-Jawzi menyebut hadith ini di dalam kitab al-Maudu’aat bahawa al-Tha’labiy menyatakan bahawa hadith ini tiada asal(sanad), Ibnu Hibban berkata: Yahya bin Zaid(salah seorang perawi hadith ini) meriwayatkan dengan bercampur aduk dari perawi2 thiqah, maka batallah penghujahan hadith ini. Wallahu A’lam. (Iqtido’ as-Sirat al-Mustaqim, 1/158).

Diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Awsat dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku adalah orang Arab, al-Quran adalah berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”. Al-Albani menyebut di dalam Silsilah al-Do’iefah no. 161 bahawa hadith ini adalah palsu.
Yang pastinya tiada dalil yang sahih yang menerangkan apakah bahasa bagi ahli syurga. Oleh itu,  ia tidak disebutkan oleh syarak mengenainya maka tidak perlu diperdalami masalah ini. Apa yang perlu hanyalah menyerahkan perkara ini kepada Allah s.w.t dan menyibukkan diri dengan amalan yang memberi manfaat di akhirat kelak.

Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya: Dengan bahasa apakah dipertuturkan oleh manusia di hari kebangkitan? adakah Allah s.w.t akan berbicara dengan manusia dengan bahasa Arab? adakah benar bahawa bahasa ahli neraka adalah bahasa Parsi dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab?
Beliau menjawab: “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, tidak diketahui hingga ke hari ini bahasa apakah yang dipertuturkan oleh manusia, begitu juga bahasa apakah yang diperdengarkan kepada mereka dari Tuhan yang maha agung dan tinggi. Ini kerana Allah s.w.t tidak pernah mengkhabarkan kepada kita mengenainya, begitu juga tidak pernah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Tidak sahih riwayat yang menyatakan bahawa bahasa parsi merupakan bahasa ahli neraka dan begitu juga tidak sahih(riwayatnya) bahawa bahasa Arab adalah bahasa ahli syurga. Tidak kami menemui perselisihan di antara para sahabat r.a mengenai masalah ini, bahkan mereka tidak memanjangkan permasalahan ini kerana berbicara mengenainya adalah sia-sia. Akan tetapi berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama terkemudian yang mana sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa bahasa Arab adalah bahasa ahli syurga. Sebahagian yang lain menyatakan ahli neraka bertutur dengan menggunakan bahasa Parsi iaitu bahasa ahli neraka. Terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa mereka akan berbicara dengan bahasa Siryani kerana ia adalah bahasa Nabi Adam a.s yang mana terpecah pelbagai bahasa dari bahasa tersebut. Ada yang berpendapat bahawa ahli-ahli syurga berbahasa Arab. Semua pendapat ini tidak disandarkan hujah samaada dari sudut akal mahupun naql(al-Quran dan Hadith), bahkan ia hanya dakwaan yang tidak memiliki dalil. Allah s.w.t yang lebih mengetahui dan lebih bijak”. Tamat, petikan dari Majmuk al-Fatawa 4/299.
والله أعلم .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog