nuffang

pembolg himpunan terbaik ini memohon kerjasama pembaca blog supaya mengabaikan iklan yang tidak menutup aurat dan seakan dengan ye..

TAJAAN HIMPUNAN TERBAIK

Jumaat, 26 November 2010

20 Fakta Tentang Lelaki.. jom tengok


1) Tak semua lelaki ingin mencari perempuan yang cantik untuk dijadikan isteri, cukup sekadar kemas, personaliti menarik dan pandai membawa diri.

2) Lelaki mampu gila bayang hanya dengan senyuman seorang wanita.. (perghhh, nanti aku nak senyum menggoda habess punya kat mamat yang aku suka tengok tuhh.. hahahaha... )

3) Jangan suka bercakap tentang bekas teman lelaki anda di hadapannya. Walaupun nampak cool tapi, dia sangat membenci hal tersebut!

4) Lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian wanita yang disukainya.

5) Ini adalah fakta : Lelaki juga menangis ! (wahhh.. terbukti kejantanan.. hehehe..)

6) Bila lelaki mengatakan.. "uuummmmmm" untuk tempoh yang panjang serta sering mengelak saat pertolongannya anda dambakan maka, itu maknanya dia cuba menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak menyukai anda lebih dari seorang teman.

7) Apabila seseorang lelaki itu mula menyimpan rasa terhadap seorang wanita, maka rasa itu adalah benar meskipun wanita itu tidak cantik di mata orang lain. (ok, aku suka fakta ni..)

8) Saat lelaki kononnya meminta anda meninggalkannya atau mahukan masa sendiri, sebenarnya dia mahu anda terus disisinya sambil cuba mendengar masalah yang dihadapinya.. (adehh.. ego tu.. tapi nak bermanja..hihi..)

9) Bila seorang wanita menolak ajakan seorang lelaki dengan mengatakan 'tidak' bagi lelaki, wanita itu hanya mengatakan "cuba lagi esok !"

10) Jika seseorang lelaki mencintai anda, tugas anda adalah untuk membuatkan dia berasa yakin dengan setiap kelebihan yang ada dalam dirinya.

11) Hampir semua lelaki sukakan wanita yang pandai memasak. Justeru tidak salah fakta bahawa cara terbaik mengikat suami adalah melalui masakan isteri.. (errkkk, takkan nak ikat suami melalui masakan jer kot? lalalalalala.. )

12) Lelaki sebenarnya menyukai wanita yang menyukai ibunya. (yess, pikat hati mak duluu..)

13) Apabila seseorang lelaki itu memerhatikan anda, hanya dua sahaja maknanya. Satu, dia sedang memuji anda dan dua, dia sedang mengkritik anda,

14) Tahukah anda wahai lelaki, merokok mampu memendekkan saiz zakar sebanyak satu sentimeter selain turut mengganggu kelancaran darah pada anggota sulit anda.

15) Peratusan lelaki meninggal lima tahun lebih muda dari wanita adalah lebih tinggi dengan kadar kematian tertinggi brepunca dari pelbagai penyakit kardiovaskular.

16) Kebanyakan lelaki tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang kesihatan mereka malah tidak langsung bertanggungjawab untuk mengambil tahu.

17) Kajian dilakukan di Univ Nevada, sebanyak 85% lelaki yang mati diserang sakit jantung sewaktu melakukan hubungan kelamin adalah lelaki yang curang kepada isterinya. Jadi, berjaga-jaga wahai lelaki.. (ok, fakta ni kelakar.. haha..cam x logik !)

18) Menjelang usianya 60 tahun, kira-kira 60% dari kaum lelaki akan mula berdengkur berbanding wanita hanya 40%.

19) Lelaki memang pandai berlagak tenang. Jika anda dalam situasi ini, cuba lihat sama ada dia berpeluh atau menolak-nolak rambutnya berkali-kali. Itu tandanya dia sedang gementar berhadapan dengan anda.

20) Lelaki yang mencium isterinya sebelum pergi ke pejabat setiap hari dikatakan mampu hidup lima tahun lebih lama dari mereka yang tidak mempedulikan isterinya langsung sebelum keluar rumah. Lelaki yang sering keluar rumah dalam keadaan marah dan suka menghempas pintu akan lebih cenderung terlibat dalam kes kemalangan jalan raya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog